CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 18, 2010

Bengkek Sangat.

Assalamualaikum...

Tahun 2010 dah nak berakhir...Banyak benda yang terjadi tahun ni...yang paling best aku telah menjadi ayah..yang paling tak best ada yang cuba memporak perandakan rumah tangga aku...yang sedihnya yang membuat tohmahan itu datangnya dari saudara-maraku sendiri. Entah apa silapku pada mereka-mereka ni tapi aku bebetul kesal dengan sikap manusia yang aku gelar sepupu-sepupu dan makcik-makcik ku ini.
Tak perlu dijelaskan apa tohmahan tersebut tapi ia benar-benar membuat malu dan mencemarkan maruah keluargaku. Kepada mereka ini aku doakan agar menerima balasan yang setimpal dan merasa kesakitan seperti yang ku rasa. kalau nak diikutkan dengan iman aku yang senipis sehelai daun ini mau saja aku cari sorang-sorang dan menghadiahkan sebijik penumbuk sebaga salam perkenalan tapi nanti masuk lokap lak...
k ar chow duu nak tgk mesia lawan vungtau...viva Malaysia...

Tuesday, September 14, 2010

wujud lagi rupenye...

Orang berblog aku pun nak berblog..orang lain update hari hari aku lak setahun sekali...malas r nk tulis...lusa baru nak update semula...

Tuesday, April 21, 2009







gambar pulau....


Gambar bunga seri pagi....

Regatta Lepa-Lepa 2009

Erm...dah lama sunyi dan sekarang time for come back. hobi baru aku fotografi dan sempena Regatta Lepa-Lepa minggu lepas aku nak tunjuk beberapa gambar yang menggambarkan suasana pada masa tu..ni nak tunjuk gambar Ratu Mengalai.

Mengalai ni adalah sejenis tarian tradisional masyarakat Bajau Semporna. Tarian yang simple yang pergerakannya banyak pada bahagian tangan. Tarian yang agak best bagi aku sebab ia menunjukkan kelembutan masyarakat Bajau itu sendiri. So apa yang korang nampak masa Zizi AF7 tu terkinja-kinja adalah the darkside of bajau kot. Hehe...sori...

Tarian Mengalai ni bukan sahaja ditarikan oleh golongan remaja sahaja, ada gak aku amik gambar budak-budak dan orang tua yang menari. Cam gambar yang aku amik ni....


Masyarakat Semporna ini asalnya tinggal di dalam perahu ataupun dipanggil lepa-lepa. Sebab itu Regatta Lepa-Lepa disambut bagi memperkenalkan adat dan kebudayaan orang Bajau. Tapi sekarang ramai dah yang tinggal di darat dan ramai juga yang berjaya seperti Shafie Apdal. Tapi masih ada yang kekal hidup secara tradisional. boleh la nak tengok di pulau-pulau di sekitar Semporna. Ni nak tunjuk lepa-lepa yang di'5 star'kan.

Lepa-lepa ni aku tengok lebih kurang je cam perahu kat tempat kita. Cuma yang nampak lain sikit cuma ada sambulayang (yang macam layar tu). Orang Bajau ni asalnya memang tinggal dalam perahu dan lautanlah tempat diorang. Aku pernah dengar cerita yang orang Bajau laut yang tinggal dalam perahu takutkan daratan. Diorang naik daratan bila ada urusan je. sampai ade yang cakap kalau diorang dok lama-lama kat darat diorang akan pening atau mabuk cam kita mabuk laut. Ade yang lagi best aku dengar yang orang-orang laut ni takutkan daratan sampaikan kalau jumpa kucingpun diorang lari. Wallahualam...kalau salah maafkan aku sebab aku dengar cerita ni dari kawan aku yang merupakan orang Bajau sendiri. tapi dia orang Bajau moden la..

Tu je la kot untuk kali ni.. Semoga ade la orang yang baca tulisan aku ni. Nak tulis lebih-lebih nanti takut de yang jeles lak. Lastly nak tunjuk korang gambar-gambar lain semasa Regatta Lepa-Lepa aritu.... Salam persahabatan......


Friday, November 7, 2008

resepi udang masak lemak cili api

Udang besar 700gram, Cili api 30 biji ,Buah gulugur 1 biji (sederhana dicincang),
Santan kelapa 1 biji ,Kunyit sebesar ibu jari, Garam dan serbuk perasa secukupnya (tidak digalakkan)
Cara:
Udang dibersihkan dan buang hanya kepala dan kaki kulit ,ekor dibiarkan.Tumbuk cili api,kunyit dan garam.Buah gelugur dicincang dan diramas dengan kapur. Letakkan udang dan bahan yang ditumbuk didalam periuk, masukkan santan jerang menggunakan api sederhana kacau bagi mengelakkan santan pecah apabila mendidih masukkan buah gelugur biarkan seminit dan tutup api
Tambahan:
Untuk megurangkan kemasaman gelugur setelah icincang ramas dengan kapur sebelum ia dibasuh. Udang hanya perlu dibuang kaki dan kepalanya sahaja dan jika dibuang kulitnya kemanisannya akan hilang. Untuk pengemar masakkan pedas lebihkan cili api supaya ia lebih kick lagi.

(thx to resepi.mesra.net)

Monday, November 3, 2008

meneroka lautan...


Pulau Mabul Sabah...
Mungkin ramai yang tak tahu tentang pulau ini. tetapi bagi divers ini le one stop island sebelum meneroka Sipadan Island..
Di sini terdapat khazanah lautan yang jarang terdapat di mana-mana tempat lain di seluruh dunia.
Pernah tengok movie Duyung yang Saiful Apek n Mya Karin berlakon tu? Ending die diorang buat kat Chalet kat dalam gambar aku tu.
Di pulau ini juga ada menyediakan perkhidmatan belajar scuba diving dengan harga yang berpatutan. dengan bajet serendah RM 750 kita boleh dapat mengambil satu diving course berserta 5 kali diving, makan dan minum dan juga penginapan.memang berbaloi dengan pengalaman dan keseronokan yang kita dapat.
Ape ade bawah laut sane? of course mesti ler ikan..bole juga tengok penyu ngah lepak, kuda laut, corals and also menatang-menatang lain yang kita tak penah tengok.
kepada yang berminat pastikan anda tahu berenang dan dapat mengapungkan diri dalam air selama 10 minit. Nikmatilah Keindahan Dunia Sementara Kita Dapat Melakukannya...