CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, October 31, 2008

keindahan dasar laut kita...

Sepanjang masa kita bernafas di bumi Malaysia ini, ke manakah tempat yang masih belum anda terokai? Setiap negeri kita jelajahi? Mungkin ramai yang dah ke gunung.....udara-sudah pastinya ramai yang sudah kerana adanya Air Asia yang menjanjikan penerbangan yang mampu-bayar. Tapi berapa ramai yang sudah menerokai dasar lautan?
Aku bukanlah arif sangat dasar lautan ni bahkan aku baru saja mula belajar mengenal alam lautan dengan mata kepala aku sendiri. Sebelum ini aku dapat tengok saja batu karang, ikan-ikan, tumbuh-tumbuhan dan hidupan lain melalui poster dan dari TV. apabila aku turun ke dasar dan melihat sendiri, aku berasa begitu kagum melihat keindahan ciptaan Allah di dasar laut itu.
Tetapi di sebalik kekaguman aku itu, terdapat juga rasa marah dan bengang dengan segelintir sikap manusia yang salah seorangnya adalah diri aku sendiri. Keindahan lautan yang penuh dengan flora dan fauna itu dicemari dengan sampah sarap yang dihasilkan makhluk yang dipanggil manusia. plastik, tin minuman, puntung rokok dan banyak lagi benda yang merosakkan aku boleh lihat di dasar. Takkan beruk punya kerja.
Esok aku akan lagi skali pergi menyelam. Dan aku berjanji pada diri aku, aku taknak membuat onar lagi kepada alam. Aku akan jaga kebersihan. oleh sebab aku perokok, aku akan bawak tin sardin untuk dijadikan ashtray. Taknak lagi aku buang sampah merata-rata.

"CINTAI ALAM KITA"