Tarian Mengalai ni bukan sahaja ditarikan oleh golongan remaja sahaja, ada gak aku amik gambar budak-budak dan orang tua yang menari. Cam gambar yang aku amik ni....
Lepa-lepa ni aku tengok lebih kurang je cam perahu kat tempat kita. Cuma yang nampak lain sikit cuma ada sambulayang (yang macam layar tu). Orang Bajau ni asalnya memang tinggal dalam perahu dan lautanlah tempat diorang. Aku pernah dengar cerita yang orang Bajau laut yang tinggal dalam perahu takutkan daratan. Diorang naik daratan bila ada urusan je. sampai ade yang cakap kalau diorang dok lama-lama kat darat diorang akan pening atau mabuk cam kita mabuk laut. Ade yang lagi best aku dengar yang orang-orang laut ni takutkan daratan sampaikan kalau jumpa kucingpun diorang lari. Wallahualam...kalau salah maafkan aku sebab aku dengar cerita ni dari kawan aku yang merupakan orang Bajau sendiri. tapi dia orang Bajau moden la..
Tu je la kot untuk kali ni.. Semoga ade la orang yang baca tulisan aku ni. Nak tulis lebih-lebih nanti takut de yang jeles lak. Lastly nak tunjuk korang gambar-gambar lain semasa Regatta Lepa-Lepa aritu.... Salam persahabatan......



0 buLLeTiNS:
Post a Comment